Tuesday, August 31, 2010

Selamat 53 tahun, Malaysia :)

Selalunya aku x akan wish awal2, or waiting for the clock to turn 12. Sebab Sarawak masuk Malaysia 16 September :) Tp itu bukan isu. Sebab kita tetap berada di bumbung Malaysia yang 1, kongsi langit yang sama, tengok bulan yang sama, dan di bawah hamparan bintang malam yang sama.

Lately issue2 perkauman makin menjadi-jadi. Mungkin kita lupa, apa yang pernah orang2 tua kita lalui pada 13 Mei. Mungkin kita lupa, kemerdekaan yang kita ada sekarang bukan diperolehi dalam sehari dua. Mungkin kita lupa, kita memang x akan dapat bersatu tanpa perpaduan. Mungkin kita lupa, mungkin kita lupa.

Kita jarang dapat tengok orang lain senang, tapi kita sendiri enggan bangkit. Apa hak kita mempertikaikan kewujudan mereka? Mereka juga sama seperti kita. Cari rezeki di bumi yang sama. Mereka juga manusia, darah merah seperti kita, rambut juga sama hitam.

Sangat menyedihkan bila isu pelajar Cina dan India dianak-tirikan. Aku boleh katakan, aku seorang yang sangat bertuah kerana menerima pendidikan sekolah jenis kebangsaan cina. Kenapa? Kerana Melayu tidak pernah dianak-tirikan sepanjang aku dididik di situ. Lalu kenapa harus kita menyisihkan bangsa lain? Tanpa mereka, ekonomi negara kita tidak akan kukuh,mungkin sukar untuk jadi sekukuh ini. Harusnya kita bangkit,dan bukannya terus mengungkit.

Aku sayang bangsa Melayu, aku juga sayang rakan2 bangsa Cina aku, rakan2 Lun Bawang aku, rakan2 Iban aku, rakan2 India aku,dan yang paling penting, rakan2 1 Malaysia aku.

Selamat Hari Kemerdekaan ke 53. <3

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com